13.7 juta pekerja Malaysia tidak dilindungi Perkeso - Wan Azizah - Utusan Malaysia

13.7 juta pekerja Malaysia tidak dilindungi Perkeso – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan kira-kira 13.7 juta pekerja di Malaysia pada ketika ini tidak dilindungi oleh sebarang bentuk polisi pelindungan keselamatan sosial.

Beliau berkata, angka itu membimbangkan dan keadaan itu perlu ditangani. Menurut data Januari 2018 Jabatan Statistik, negara mempunyai seramai 15.19 juta pekerja.

“Kerajaan komited untuk memperluaskan perlindungan keselamatan sosial di negara ini untuk memastikan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dilindungi oleh sistem keselamatan sosial yang mampan dan mampu,” katanya semasa melancarkan Forum Keselamatan Sosial Serantau bagi Asia dan Pasifik 2018, Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) di sini hari ini.

Mengakui kewujudan jenis kerja yang baharu yang dijana daripada Revolusi Industri 4.0, beliau menggesa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk memperluaskan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 kepada pekerja dalam semua platform ekonomi baharu.

Beliau berkata, jenis kerja baharu itu yang jauh berbeza daripada model kerja tradisional telah menyebabkan pekerja baharu berkenaan tidak dilindungi oleh sebarang bentuk program keselamatan sosial. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN