BUKIT MERTAJAM 8 Okt. – Sebelas lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Permatang Tinggi, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 37 hingga 63 tahun. Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah…










