BATU PAHAT 8 Okt. – Seorang cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua lori kontena dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 81.2 Lebuhraya Yong Peng-Ayer Hitam, dekat sini pagi tadi. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abd. Halim berkata, kemalangan yang berlaku pukul 7.30 pagi itu menyebabkan pergerakan trafik perlahan sepanjang lapan kilometer ekoran sebuah lori kontena terbalik melintang di…









