SHAH ALAM 24 Sept. – Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan kononnya ada pemimpin tertentu menjanjikan projek kerajaan ketika kempen pemilihan parti sepertimana didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanyalah spekulasi. Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, selaku Presiden, Anwar berhak memberikan nasihat serta peringatan kepada semua pihak bertanding bagi mengelakkan perkara sedemikian daripada menjadi ‘kudis’ kepada parti. “Itu spekulasi (dakwaan menjanjikan projek), tapi sebagai…










