KUALA LUMPUR – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin hari ini menyatakan sokongan serta akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Beliau yang sebelum ini mendakwa keputusan mengosongkan kerusi Parlimen itu dibuat tanpa mengikut saluran yang betul berkata, sebagai anggota yang setia pada parti, beliau akan tetap memberi sokongan namun berharap perkara sama tidak berulang. “Perkara ini telah berlaku, kita…










