KANGAR 7 Sept. – Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menghulurkan sumbangan bernilai RM3,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Terinai Lake View, Timah Tasoh di sini semalam. Sumbangan tersebut diserahkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Ahli Lembaga Pengarah UiTM merangkap Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan. Sumbangan tersebut adalah bersempena dengan Program Kayuhan Amal Bagi…










