IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas dipukul dengan sebatang penyapu oleh adik iparnya di rumah mereka di Jalan Menglembu Timur 4 di sini awal pagi tadi. Kejadian pada pukul 2.36 pagi itu, mangsa, L.Tirumal, 62, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka dan anggota badannya. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek yang berusia…










