DUNGUN – Pencarian seorang warga emas yang hilang selama dua hari selepas keluar rumah dalam keadaan hujan lebat pada Ahad lalu berakhir apabila mayat lelaki itu ditemui di dalam longkang berhampiran rumahnya di Felda Kerteh 5 dekat sini semalam. Mayat Said Samah, 73, yang menghidap penyakit nyanyuk ditemui salah seorang daripada anak perempuannya di dalam longkang sedalam kira-kira 300 meter berkenaan pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan…










