Warga emas hidap strok rentung dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Warga emas hidap strok rentung dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PITAS – Seorang warga emas yang juga penghidap strok ditemui rentung di bilik kediamannya selepas gagal menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di Kampung Kitowo di sini semalam.

Mayat mangsa, Itang Kapuk yang berusia 77 tahun ditemui kira-kira pukul 10.45 malam selepas api berjaya dikawal.

Difahamkan,sebelum kejadian, seorang ahli keluarga mangsa telah menyalakan lilin di ruang tamu kerana ketiadaan elektrik dan meninggalkan mangsa bersendirian di rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah mengesahkan kejadian berkata, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada lilin berkenaan.

kebakaran
Pasukan bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kebakaran di Kampung Kitowo di sini semalam.

 

“Mangsa merupakan penghidap strok dijaga oleh anaknya. Ketika kejadian mangsa ditempatkan di bilik tidur untuk berehat.

“Pengadu telah menyalakan lilin di ruang tamu kerana ketiadaan elektrik. Dia kemudian ke gereja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pengadu yang menyedari rumahnya terbakar bergegas pulang untuk menyelamatkan mangsa, bagaimanapun gagal kerana api terlalu marak.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah dalam kenyataan berkata, enam anggota bomba diketuai Ketua Operasi, Mohd. Naim Mohd. Nasir dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 12 tengah malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini