UJI. Seramai 100 pegawai dan anggota pasukan Markas 4 Divisyen Infantri (4 Div Inf) mengikuti taklimat cegah kebakaran di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur baru-baru ini. Taklimat berkenaan bagi memberi pendedahan kepada warga pasukan berkenaan ketika menghadapi situasi berlakunya kebakaran. Taklimat disampaikan oleh Ketua Balai Bomba Wangsa Maju, Letchumanan Mariappen diikuti simulasi kecemasan dan mencegah kebakaran Turut hadir Ketua Staf Markas 4 Div Inf, Kolonel Asri Shukor.










