Wanita gagal bunuh diri, tersangkut dalam lumpur - Utusan Malaysia

Wanita gagal bunuh diri, tersangkut dalam lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 30 Sept.- Seorang wanita warga Vietnam gagal dalam cubaan untuk membunuh diri dengan terjun ke dalam laut apabila tersangkut di dalam lumpur.

Kejadian berlaku di Pasir Panjang Luat di sini hari ini dan wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, Husni Syawal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.57 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, cubaan mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu untuk bunuh diri gagal kerana tersangkut dalam lumpur.

“Anggota bomba menggunakan papan dan menggelongsor di atas papan untuk menyelamatkan mangsa kerana lumpur sehingga paras pinggang.

“Mangsa berjaya diselamatkan sejam kemudian dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih belum diketahui dan wanita tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini