LONDON 29 Sept. – Gara-gara menyahut cabaran mencuba tahap kepedasan mi segera, seorang wanita akhirnya dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan di saluran dubur selama empat hari.
Wanita itu, Shannen Goulding, 20, bagaimanapun tidak serik, malah berjanji akan tetap melakukan cabaran itu sekali lagi dengan memakan mi segera yang lebih pedas, lapor Mirror Daily.
Ketika menerima rawatan di hospital, doktor memaklumkan bahawa Goulding bahawa dia menghidap radang usus peringkat awal iaitu crohn disease selepas pemeriksaan colonoscopy dilakukan,
Goulding berada bersama-sama rakannya, Keelan Unsworth,20, ketika merakamkan cabaran itu.
“Saya fikir mampu menamatkan cabaran itu tetapi tidak menjangka akan berada di hospital. Selepas makan, saya berasa sakit teruk berbanding Unsworth.
“Ketika menggunakan tandas, saya dapati ada tompokan darah. Jadi saya mendapatkan rawatan kecemasan dan mereka bertanyakan saya sama ada pernah mengalami masalah buasir. Saya memaklumkan bahawa saya hanya ada masalah usus dan makan mi segera pedas.
Goulding berkata, doktor memberitahunya supaya tidak lagi memakan makanan pedas biarpun dia mendakwa memakan jalapenos (cili pedas) dalam setiap hidangan makanannya tanpa mengalami apa-apa,
“Dia (doktor ) cuma berkata, dia hanya menasihati sahaja. Terpulang sama ada untuk ikuti atau sebaliknya. Doktor ketawa apabila saya berkata tetap akan meletakkan jalapenos dalam setiap makanan,” kata Goulding.
habis











