KUALA LUMPUR 20 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipilih selaku Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkuat kuasa serta-merta. Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya sangat berbesar hati apabila Wan Azizah bersetuju untuk menjadi penaung baharu BAM. “Beliau merupakan seseorang yang mengikuti perkembangan semasa sukan ini dan sudah pasti beliau akan melibatkan diri secara langsung dengan sukan ini, sama seperti penaung-penaung…










