Wak Doyok sertai Amanah - Utusan Malaysia

Wak Doyok sertai Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 22 Sept. – Kewujudan Parti Amanah Negara (Amanah) terus mendapat sambutan apabila disertai beberapa individu terkenal termasuk selebriti dan usahawan terkenal Wak Doyok atau Mohd Azwan Mohd Nor, 39.

Selain itu, beberapa tokoh seperti pendakwah terkenal Datuk Dr. Hasan Mahmud dan Ghazali Ibrahim turut menyertai parti berusia tiga tahun berkenaan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang mengumumkan perkara itu menyatakan penyertaan selebriti itu menunjukkan Amanah semakin diterima oleh pelbagai golongan masyarakat.

Katanya, melalui pelbagai pendekatan termasuk aplikasi pendaftaran keahlian melalui telefon pintar berupaya meningkatkan keahlian parti berkenaan.

“Pendaftaran keahlian Amanah dijangka terus meningkat dan kita menjangkakan seramai 150,000 pendaftaran ahli baharu pada 2019,” katanya pada majlis pelancaran kempen keahlian Amanah sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Amanah di Dewan Tun Razak Temerloh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN