Wajah baharu 
Teh F&N Seasons - Utusan Malaysia

Wajah baharu 
Teh F&N Seasons

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept. – F&N melancarkan wajah baharu Teh F&N Seasons yang berharga RM1 bagi setiap botol 350ml melalui Pasukan Bergerak Teh F&N Seasons sehingga 30 September.

Naib Presiden Pemasaran F&N Servis (F&B) Sdn. Bhd., Graham Lim berkata, pasukan itu akan mengembara seluruh Semenanjung Malaysia bagi berkongsi promosi istimewa berkenaan.

Menurut beliau, orang ramai boleh menyertai cabaran #biarnatural The SEASONS di setiap hentian mereka.

“Aktiviti tersebut berkonsepkan hampir sama seperti cabaran Tik Tok yang sedang melanda seluruh dunia namun terdapat sedikit kelainan de­ngan keunikan Seasons.

“Peserta berpeluang memenangi penginapan hotel selama tiga hari dan dua malam yang bernilai RM1,800 di Hotel Ro­yale Chulan Cherating,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lim, kempen #biarnatural semasa Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia memberi peluang kepada pihaknya untuk berkongsi mesej penting kepada rakyat negara ini.

Katanya, kempen itu bertujuan untuk meraikan ciri semula jadi setiap individu agar selesa dengan diri masing-masing dan menyerlahkan gaya tersendiri dalam kehidupan.

“Kami turut menayangkan video digital bersiri yang mengetengahkan semangat rak­yat Malaysia yang sentiasa #biarnatural,” ujarnya.

Teh F&N Seasons boleh didapati dalam empat aneka perisa iaitu teh ais lemon, epal, pic dan teh hijau jasmin dalam botol 380ml dan satu liter.

Rangkaian produk Teh F&N Seasons boleh didapati di semua pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara dan dijual antara RM1.80 hingga RM2.20 bagi 350ml sementara satu liter berharga RM2.80 hingga RM3.20 sebotol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN