KEMERDUAN suara sekumpulan pelajar yang juga ahli kumpulan koir UiTM Chamber Choir (UCC) yang bergema di segenap penjuru Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam lewat petang itu dapat didengar dengan jelas sebaik kaki melangkah masuk ke ruang legar bangunan tersebut. Kagum dengan keseragaman vokal pelajar-pelajar tersebut, bulu roma kami tidak semena-mena mula meremang. Biarpun tidak mengetahui bait-bait lirik lagu yang didendangkan oleh kumpulan itu, namun bibir kami mula kumat-kamit…










