KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tiga kawan baik berlainan kaum antara pemenang utama pertandingan video pendek #muhibah anjuran Utusan Malaysia dan Kementerian Pendidikan bagi bulan April dan Mei. Liew Chong Hui, 16, E. Thieban, 16 dan Muhd Zafrin Amirul Zabidin, 17 merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Damai Perdana, Cheras. Menariknya, selain kandungan video yang menepati tema perpaduan, penyertaan ketiga-ketiga mereka yang mewakili tiga bangsa utama di Malaysia turut…










