PUTRAJAYA 2 Sept. – Tempoh reman bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang disiasat berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disambung satu hari lagi. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Intan Syafinaz Ros’lin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung tempoh reman. Terdahulu, Hasanah, 61, yang tiba di pekarangan Mahkamah Majistret dengan pakaian reman SPRM pada pukul…










