[VIDEO] PRK Port Dickson ditetapkan 13 Oktober - Utusan Malaysia

[VIDEO] PRK Port Dickson ditetapkan 13 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Sept. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson akan diadakan pada tarikh 13 Oktober dengan tempoh kempen selama dua minggu.

Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood berkata, hari penamaan calon bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 29 September dan hari mengundi awal pada 9 Oktober ini.

Beliau memberitahu, daftar pemilih yang akan digunakan adalah sehingga Suku Kedua Tahun 2018 yang mengandungi 75,770 pemilih berdaftar merangkumi 64,486 pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 pemilih tidak hadir luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 1,403 petugas dilantik untuk mengendalikan proses PRK manakala sebanyak 39 Pusat Mengundi yang mengandungi 171 saluran akan digunakan untuk kemudahan mengundi. PRK ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM3.6 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Port Dickson berikutan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletakkan jawatan pada 12 September lalu. – UTUSAN ONLINE

 

Video oleh KAMIL MASLIH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini