SEPANG 1 Sept. – Seorang pegawai Jabatan Imigresen cedera di bahagian pinggang dan kaki selepas terjatuh dari siling bangunan sebuah asrama kilang ketika cuba mengejar pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba melarikan diri dalam satu operasi khas di sini hari ini. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Nur Erra Ellina Zaharuddin, 24, yang bertugas di Unit Tindakan Imigresen Negeri Sembilan bersama 80 pegawai dan anggota imigresen terlibat…