JERANTUT – Empat lelaki terkejut bercampur takut apabila terserempak seekor harimau belang yang melintas jalan di Bukit Dedari, Kuala Tahan dekat sini petang tadi. Juruteknik landskap pusat peranginan, Shahrul Azwan Abdul Halil, 27, berkata, dia bersama tiga rakannya menaiki kereta menuju ke Kampung Pagi dekat sini sebelum terserempak haiwan pemangsa itu kira-kira pukul 3.45 petang. “Kami terkejut apabila melihat seekor harimau belang berjalan melintas jalan dipercayai keluar dari hutan berdekatan. …










