[VIDEO] Meluat kerajaan PH mungkir janji - Utusan Malaysia

[VIDEO] Meluat kerajaan PH mungkir janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Seperti mana kebanyakan rakyat yang meluat dengan sikap mungkir janji kerajaan Pakatan Harapan, perasaan itu tidak terkecuali daripada dikongsi perwakilan Puteri UMNO.

Reaksi itu dapat dilihat pada Perhimpunan Agung Tahunan pergerakan itu hari ini apabila perwakilan melaungkan ‘boo’ setiap kali soalan berkaitan sikap mungkir janji Pakatan Harapan dibangkitkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zarida Zarik Khan.

Pertanyaan yang dilontarkan itu termasuk berkaitan isu pemansuhan tol, kenaikan gaji minimum dan janji lebih satu juta peluang pekerjaan diberikan kepada belia negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga barang telah turun? Malah diganti pula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), ‘slow-slow turun’. 

“Tapi orang ramai tidak kisah, kerana bagi mereka biarlah dikenakan SST, asalkan Barisan Nasional (BN) turun,” katanya pada persidangan Perhimpunan Agung Tahunan Puteri UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2018 berlangsung bermula semalam sehingga esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini