[VIDEO] Empat pengurusan tertinggi Nafas direman tujuh hari - Utusan Malaysia

[VIDEO] Empat pengurusan tertinggi Nafas direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Sept. – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bersama tiga lagi pengurus jabatan pertubuhan itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung menerima suapan dalam bentuk percutian tiga tahun lalu.

Majistret Khairul Nizam Abu Bakar membenarkan perintah reman yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Tahanan reman terhadap keempat-empat individu berusia 36 hingga 48 tahun itu yang bertugas di ibu pejabat pertubuhan bermula hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber SPRM, keempat-empat pengurusan tertinggi Nafas itu telah menerima suapan dalam bentuk percutian golf ke Jakarta, Indonesia berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat sebagai balasan meluluskan projek penghantaran jentera ke negara tersebut kepada syarikat berkenaan pada 2015.

Kesemua mereka ditahan di SPRM Selangor dan Putrajaya kira-kira pukul 5.45 petang hingga 9 malam semalam bagi membantu siasatan.-UTUSAN ONLINE

Video oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini