SEREMBAN 4 Sept. – Lebih 2,000 pelajar baharu mendaftar bagi mengikuti pengajian peringkat Sarjana Muda pelbagai kursus bagi sesi akademik 2018/2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini hari ini. Bagi sesi pengajian tersebut, sebanyak 2,773 tawaran telah disediakan di universiti itu dengan pemohon lelaki berjumlah 764 orang dan 1,769 orang wanita. Turut ditawarkan tempat ialah seramai 48 calon dari luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Gambia, Nigeria, Kemboja…










