KUASA mendakwa Peguam Negara selaku Pendakwa Raya tidak boleh diambil oleh mana-mana agensi penguat kuasa. Tindakan yang diambil tanpa merujuk Pendakwa Raya akan menyebabkan pertuduhan tersebut dibatalkan. Antara kes yang jelas menyebut perkara ini adalah membabitkan Repco Holdings Bhd. pada 1997 apabila mahkamah memutuskan Seksyen 126 (2) Akta Industri Sekuriti 1983 tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan kerana memberikan kuasa mendakwa kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Sebab itu, di negara…










