ALOR SETAR 5 Sept. – Keghairahan pihak tertentu mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebat ke atas pasangan lesbian di Terengganu baru-baru ini ditegur Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang. Menurutnya, hukuman dijatuhkan itu tidak ada salahnya dari sudut agama termasuk dari segi pelaksanaan iaitu di hadapan khalayak. Beliau malah turut mengingatkan betapa perbuatan mempertikaikan hukuman takzir seperti itu boleh memberi kesan terhadap akidah umat Islam. “Perkara sebegini tak perlu dipertikai kerana hukuman…










