KUALA LUMPUR 18 Sept. – Kementerian Pendidikan telah mengambil segala langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan cuaca buruk sepanjang berlangsungnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 20 sehingga 27 September ini. Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak keselamatan bagi memastikan peperiksaan tersebut dapat berlangsung dengan lancar. “Lembaga Peperiksaan juga sudah ada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini. “Malah…










