KUALA LUMPUR 25 Sept. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Seminar Pedagogi Abad Ke-21 yang akan berlangsung pada 15 Disember ini. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, seminar ini adalah satu platform untuk guru berkongsi ideologi serta teknik terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. “Ini merupakan salah satu pendekatan bagi membantu sistem pendidikan negara dalam melahirkan guru yang berkualiti di masa hadapan. “Dijangkakan antara 300…










