LONDON 16 Sept. – Manchester United kini mengikuti perkembangan perancang Arsenal, Mesut Ozil dengan penuh minat dan dijangka melancarkan bidaan bagi mendapatkan khidmat pemain itu pada pasaran perpindahan Januari tahun depan. Bekas pemain antarabangsa Jerman itu telah diminta agar mempamerkan persembahan setimpal dengan bayaran gaji yang diterimanya sebanyak 350,000 pound (RM1.89 juta) seminggu oleh bos baharu Gunners, Unai Emery. Emery menafikan berselisih faham dengan Ozil, yang menjaringkan gol sewaktu Arsenal…











