KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berhubung perkongsian kepakaran dalam bidang kewangan serta perbankan Islam. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, kerjasama tersebut melibatkan penyelidikan, perkongsian kepakaran dan aktiviti berasaskan akademik antara kedua-dua pihak. Beliau berkata, kerjasama strategik itu juga merupakan platform yang menghubungkan secara langsung tenaga pengajar dan pelajar UniSZA terutamanya…










