KUALA LUMPUR 26 Sept. – Persepsi sempit bahawa undang-undang Islam hanya berkaitan hukuman hudud perlu diperbetulkan kerana istilah tersebut sebenarnya merangkumi pengertian yang lebih luas. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, semua undang-undang yang mempunyai elemen dan nilai-nilai Islam boleh difahami sebagai undang-undang Islam. “Saya fikir dalam era ini, kita sudah tidak boleh menyifatkan undang-undang Islam itu hanya hudud. Undang-undang Islam yang…










