UMT-UEA jalin kerjasama perkasa bidang penyelidikan - Utusan Malaysia

UMT-UEA jalin kerjasama perkasa bidang penyelidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memeterai memorandum persefahaman bersama Universiti East Of Anglia (UEA), United Kingdom dalam usaha memperkasakan bidang penyelidikan dikedua-dua institusi pendidikan itu.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, gandingan kerjasama tersebut mampu untuk melonjakkan kualiti dan prestasi penyelidikan selain meningkatkan lagi penjenamaan UMT.

“Perjanjian tersebut bukan sahaja sebagai medium untuk membangunkan kerjasama dalam bidang penyelidikan malahan mampu memperkukuhkan jalinan usahasama antara kedua-dua universiti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita lebih memberi fokus terhadap bidang sains kimia, alam sekitar serta oseanografi namun kursus-kursus atas talian turut diberi perhatian kerana ia merupakan ruang perkongsian ilmu tanpa menelan belanja yang besar,” katanya pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara UMT dan UEA di Dewan Senat UMT di sini hari ini.

Turut hadir Pro Naib Canselor UEA, Prof. Philip Gilmartin dan Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Dr. Laili Che Rose.

Tambah Nor Aieni, kolaborasi antara UMT dan UEA turut menjadi platform perkongsian sumber-sumber penyelidikan untuk dijadikan bahan rujukan selain membuka ruang kepada program pertukaran pelajar serta penyelidik sekiranya diperlukan.

“Saya juga berharap kerjasama yang terjalin ini akan lebih berkembang pada masa akan datang dalam bidang-bidang akademik yang lain di atas persetujuan kedua-dua buah universiti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini