KUALA LUMPUR 28 Sept. – Perhimpunan Agung UMNO tahun ini merupakan peluang kepada parti itu untuk kembali bangkit selepas mengalami kekalahan kali pertama dalam pilihan raya umum sepanjang sejarah penubuhannya. Keyakinan itu dizahirkan oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui perhimpunan pada kali ini jauh berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, perhimpunan tersebut boleh menjadi medan untuk mengenal siapa dalam kalangan…










