UMNO perlu terus berjuang - Utusan Malaysia

UMNO perlu terus berjuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – UMNO perlu meneruskan perjuangan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa walaupun tanpa suara Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ahli Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun berkata, UMNO masih mempunyai ahli-ahli Parlimen yang dipercayai dan berdedikasi untuk membawa suara rakyat.

“UMNO perlu terus dan belajar menjadi pembangkang yang berwibawa.

“Kita masih ada ahli Parlimen yang mampu berjuang untuk rakyat dan akar umbi UMNO,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Semalam, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan keluar UMNO kerana hala tuju yang diambil oleh UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang dipegangnya.

Beliau dilaporkan berkata, secara prinsipnya, pendirian politiknya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN