KUALA LUMPUR 28 Sept. – UMNO tidak lagi boleh bergerak seperti mana dilakukan sejak 60 tahun lalu iaitu statik dan takut kepada perubahan. UMNO pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mesti beroperasi di luar kelaziman. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi gambaran bahawa akar umbi perlu menggunakan segala imaginasi, kebitaraan dan modal intelektual bagi merangsang ‘rejuvenasi’ UMNO. “Wujudkan gelombang baharu. Jana tenaga dan semangat yang membara. Tinggalkan amalan…










