KELMARIN, tiga sahabat berusia 70-an dari UMNO Cawangan Taman Maju, Melaka mengambil keputusan menaiki kereta api dan kemudiannya menyewa teksi menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mereka bertiga berjalan sambil menggalas beg pakaian, tercari-cari pintu masuk ke PWTC, satu pemandangan yang jarang dilihat semasa UMNO berada di puncak kuasa suatu ketika dulu. Ketiga-tiga mereka datang secara sukarela untuk menyaksikan dan mendengar amanat pertama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan…










