UMNO belum buat keputusan berkenaan PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

UMNO belum buat keputusan berkenaan PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – UMNO masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu meletakkan calon atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan berkenaan hal tersebut hanya akan diputuskan selepas Biro Politik UMNO bermesyuarat pada 24 September depan.

Jelas beliau, Barisan Nasional (BN) pada masa sama juga dijangka mengadakan mesyuarat selepas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh yang demikian, sebarang kenyataan atau pendapat diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau ahli UMNO berkaitan PRK berkenaan adalah dianggap sebagai pendapat peribadi dan mereka berhak serta tidak dihalang berbuat demikian.

“Pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh Ibu pejabat parti atau Presiden pada masa difikirkan sesuai,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini