Saudara Pengarang, Merdeka! Kebebasan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan mereka yang terdahulu. Kita harus bersyukur kepada Allah kerana pengorbanan mereka kita kini boleh menerajui negara mengikut acuan kita sendiri. Kemerdekaan itu sebenarnya adalah satu proses perjuangan yang panjang. Ia bermula dengan kesedaran yang membangkitkan umat, melalui rentetan cabaran perjuangan untuk membebaskan tanah air kita daripada cengkaman kuasa penjajah dan disambung dengan usaha menjaga negara agar tidak…