BATU PAHAT 24 Sept. – Twinmarissa Boutique and Fitness Studio yang beroperasi di Jalan Rahmat di sini sejak Ogos 2016 dilancarkan secara rasmi bagi memberi peluang kepada golongan wanita melakukan aktiviti kecergasan sambil berbelanja. Pusat kecergasan yang mengkhususkan sesi senaman kepada kaum hawa itu dilancarkan oleh Isteri Menteri Besar, Datin Nora Md. Som dalam satu majlis yang dihadiri lebih 100 pengunjung. Pengarah Twinmarissa Boutique and Fitness Studio, Idayuwati Ahmad berkata,…










