KUANTAN 18 Sept. – Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang berwajah baharu turut menarik perhatian Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan memuji perubahan itu. Tunku Azizah bukan sahaja teruja dengan penampilan baharu akhbar harian kesayangan baginda itu tetapi menyifatkan ia sebagai langkah bijak. “Cantik dan memudahkan untuk dipegang. Sebelum ini bila membaca selalu terbelah dua,” titah baginda ketika ditemui Utusan Online pada Majlis Sambutan Hari Wanita…










