SAUDARA PENGARANG, Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang meminta rakyat tidak mengharapkan ‘wang percuma’ daripada kerajaan menyerlahkan lagi sifat kurang matangnya. Sebagai seorang menteri kanan, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati rakyat. ‘Wang percuma’ yang dimaksudkan itu tentulah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BR1M yang dikatakan dedak, rasuah, wang curi, haram dan pelbagai lagi gelaran buruk adalah wang rakyat, hasil dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jadi…










