BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Katanya, beliau akur dengan persetujuan akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut iaitu dua tahun. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari ke Brunei Darussalam di sebuah hotel…










