Tujuh cedera dihempap batu di Greece - Utusan Malaysia

Tujuh cedera dihempap batu di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS 13 Sept. – Sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dihempap batu tebing yang runtuh di pantai terkenal, Navagio, pulau Zakynthos di sini.

Para pelancong menaiki bot di pantai Navagio selepas berlaku runtuhan batu di pulau Zakynthos, Greece, hari ini. – Reuters

Walau bagaimanapun kata pihak berkuasa, kecederaan yang dialami tidak serius dan tiada mangsa yang hilang namun mereka menempatkan aset udara dan air di kawasan berkenaan.

Selain itu pencarian turut dilakukan untuk memastikan tiada mangsa yang terperangkap di bawah batu berkenaan.

Rakaman video yang disiarkan dalam laman sesawang Proto Thema menunjukkan pengunjung pantai bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas sebahagian batu tebing pantai itu runtuh.

Beberapa bot kecil turut terbalik dipukul ombak kuat yang terhasil semasa batu berkenaan jatuh. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN