Bukan di Turki, sebaliknya di Jerman. Sebuah tugu emas menyerupai pemimpin dunia berpengaruh iaitu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah didirikan baru-baru ini. Tugu emas yang besar itu direka dan dibina oleh seniman-seniman arca sempena pameran Biennale di Wiesbaden, Jerman sebagai dedikasi kepada kepimpinan pemerintah Turki itu. Tugu emas setinggi empat meter itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan dan kekecohan dalam kalangan orang ramai termasuk penyokong dan penentang tokoh tersebut di Jerman.…










