TUAH buat atlet Pahang, Koong Jia Lin apabila diumum sebagai pemenang bagi acara 5,000 meter (m) jalan kaki wanita walaupun menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Ipoh semalam. Ia gara-gara penyertaan Nurul Alyahaziqah Kamarazaman dari Kelantan dibatalkan kerana menerima tiga kad merah setelah dikesan melakukan tiga kesalahan iaitu membengkokkan kaki serta berlari anak (floating) sebanyak dua kali pada saingan yang berlangsung di Stadium Perak itu.…










