Tsunami di Sulawesi: Dua rakyat Malaysia selamat dipindahkan, korban lebih 800 orang - Utusan Malaysia

Tsunami di Sulawesi: Dua rakyat Malaysia selamat dipindahkan, korban lebih 800 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Dua rakyat Malaysia dilaporkan berada di Sulawesi Tengah ketika ia dilanda gempa bermagnitud 7.4 pada skala Richter dan tsunami, Jumaat lepas.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mereka dilaporkan selamat ketika ini dan telah dikeluarkan dari kawasan gempa.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasioanal Pengurusan Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, dua rakyat Malaysia itu antara 61 rakyat asing yang berada di Sulawesi Tengah ketika gempa itu menggegarkan Kota Palu dan Donggala.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat asing dilaporkan selamat kecuali seorang warga Korea Selatan yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan Hotel Roa Roa di Kota Palu,” katanya.

Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, seorang daripada warga Malaysia itu, telah dibawa ke lapangan terbang Palu untuk proses pulang ke Malaysia, manakala seorang lagi dibawa keluar dari kawasan gempa. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini