MENGURUSKAN seramai 80 pendaki dalam satu ekspedisi mendaki gunung bukan perkara mudah. Macam-macam kerenah perlu dihadapi. Berbekalkan pengalaman, misi menakluk Gunung Rajah di ketinggian 1,684 meter (5,526 kaki) berjalan lancar. Lebih mengujakan apabila kumpulan pendaki yang terdiri daripada pelatih (rekrut) Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), 10 jurulatih dan enam pendaki bebas muncul sebagai kumpulan teramai menawan gunung tersebut dari laluan berbeza. Ekspedisi bermula dari Air Terjun Chamang di Bentong,…










