BATU GAJAH 16 Sept. – Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd. (TPM) menaja 20 anak pokok tecoma untuk ditanam sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad dekat sini semalam. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Datuk Ir. Mohd. Azman Shahidin berkata, penanaman pokok tecoma bertujuan menggalakkan pelajar menghargai nilai-nilai perlindungan alam sekitar dengan mengurangkan kesan perubahan iklim. Tambah beliau, pokok-pokok yang ditanam di kawasan sekolah…











