KUALA LUMPUR – Tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baharu bagi menggantikan Datuk Rozabil Abdul Rahman. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi kenyataan hari ini berkata, pelantikan Fernandes adalah tepat berikutan statusnya sebagai ahli korporat terkemuka dapat membantu serta melakukan penambahbaikan struktur dan operasi PSM, serta memulihkan keadaan kewangan semasa PSM yang kini mengalami kerugian sebanyak RM11 juta.…










