Tommy arah buat afidavit - Utusan Malaysia

Tommy arah buat afidavit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Sept. – Pendedahan mengenai pemberian wang RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang diikrarkan melalui afidavit oleh seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC), minggu lalu dibuat atas arahan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Tommy Thomas
Tommy Thomas 

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, afidavit itu yang difailkan oleh Siti Rahayu Mohd. Mumazaini pada 5 September lalu bagi pihak Kerajaan Malaysia, dibuat bagi menyokong bantahan Kerajaan Malaysia terhadap rayuan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Afidavit berkenaan menyatakan, wang itu sebagai bayaran kepada Muhammad Shafee bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat kedua melibatkan Presiden PKR tersebut.

Ekoran itu, Muhammad Shafee memfailkan notis usul untuk bertindak selaku pencelah dalam rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan tuntutan samannya berhubung isu pemberian wang RM9.5 juta.

Sehubungan itu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abd. Majid menangguhkan rayuan yang sepatutnya didengar hari ini dan menetapkan 29 November depan bagi mendengar permohonan Muhammad Shafee. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN